Tuesday, August 2, 2011

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada  http://karanganspm.com

Para pelajar yang dikasihi,
Sediakanlah payung sebelum hujan! Dengan erti kata lain, jika para pelajar mengidamkan A+ untuk BMSPM, maka persiapan yang awal untuk menempuh peperiksaan mesti dimulakan dari sekarang juga lantaran “masa itu emas”.
Berdasarkan pengalaman saya, calon-calon SPM bukan sahaja jahil tentang teknik mengarang karangan yang mantap bahkan membuang masa semasa mengarang. Hal ini demikian kerana anda tidak didedahkan dengan teknik-teknik mengarang yang efektif.
Maka, saya berprakarsa untuk membantu anda mempersiapkan diri dalam menghadapi KERTAS 1 BMSPM 2010. Saya akan mendedahkan kaedah menulis karangan secara efektif dan kreatif selaras dengan keperluan skema pemarkahan BMSPM.
Seperkara lagi, janganlah menjadi hamba kepada hawa nafsu kerana “ikut hati mati, ikut rasa binasa”!. Para pemeriksa tidak menghargai karangan yang menggunakan bahasa yang berbunga-bunga mahupun kosa kata yang ‘bombastik’. Amalkanlah kesederhanaan!
GRED CEMERLANG (26 – 30 markah)
  • Isi karangan menepati tema bahan rangsangan;
  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat;
  • Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat;
  • Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru;
  • Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
  • Wacananya lengkap;
  • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik; dan
  • Idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan dann dihuraikan dengan jelas dan matang.
CONTOH SOALAN

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.

Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.
Misalnya:


Dalam pembinaan apa-apa jua jenis pendahuluan, ketiga-tiga jenis ayat – Ayat Rangsangan (AR), Ayat Huraian (AH), dan Ayat Arahan (AA) menjadi satu kelaziman/kemestian.


Misalnya:

Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi – deduktif, induktif, dan deduktif-induktif.
Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif, yakni:
Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan
Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni ayat topik/judul (menyatakan idea/isi) + ayat huraian (menghuraikan idea) + ayat contoh (menyatakan contoh/bukti) + ayat penyimpul (membuat kesimpulan).

KOMEN: Perenggan isi bukan sekadar menepati tajuk dan fokus karangan bahkan gaya bahasanya mudah difahami. Hal inilah yang memenuhi ‘cita rasa’ pemeriksa, yakni menepati skema pemarkahan. Tegasnya, sajian ini bukan sahaja menyelerakan malah memberikan kepuasan kepada pemeriksa!
Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan.
Perenggan penutup/intiha ini perlu mempunyai 3 ciri utama, yakni kesimpulan, cadangan, dan harapan. Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).
Misalnya:


Paparan strategi mengarang telah saya bentangkan. Kini, agenda utama anda ialah penerapan kaedah penulisan ini dalam karangan anda. Akhir kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Sekian.


Analisis Soalan
Format karangan: Tiada
Tajuk karangan: Amalan berjimat cermat
Fokus karangan: Kebaikan-kebaikan/Faedah-faedah/kepentingan-kepentingan
Strategi Pertama: Membina pendahuluan
Pendahuluan = Tajuk karangan + Huraian tajuk + Fokus karangan
= Ayat rangsangan (AR) + Ayat huraian (AH) + Ayat Arahan (AA)
= 50 – 60 patah perkataan

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH

[AR] Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agar berjimat cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. [AH1] Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak menyesal kemudian hari. [AH2] Rakyat juga digesa agar tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. [AA] Pada hemat saya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi kerana banyak faedahnya jika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.

Strategi Kedua: Membina Perenggan Isi
Perenggan isi = Idea karangan + Huraian idea + Contoh + Kesimpulan
= Ayat topik (AT) + Ayat huraian (AH) + Ayat contoh (AC) + Ayat penyimpul (AP)
= 50 – 60 patah perkataan
[AT] Melalui amalan berjimat cermat, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. [AH1] Hal ini demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. [AH2] Barang yang berkualiti dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai. [AC] Kasut sekolah Bata, misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini memberikan keselesaan dan kepuasan. [AP] Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan harian dapat dijimatkan bahkan kebahagiaan terjamin.
[AT] Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. [AH1] Apabila kita menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. [AH2] Wang simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak menjalani pembedahan. [AC] Menurut Dato’ Michael Chong, kita tidak perlu “mengemis” dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. [AP] Tegasnya, bukan sekadar wang tabung kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara.
[AT] Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik seseorang individu untuk berdikari. [AH] Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. [AC] Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh, bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu. [AH] Jadi, kita patut berjimat cermat untuk berdikari agar hidup kita lebih damai dan sejahtera.
Strategi Ketiga: Membina Perenggan Intiha
Perenggan isi = Kesimpulan karangan + Cadangan/Pandangan + Harapan/Kesan
= Ayat kesimpulan(Aksmpln) + Ayat cadangan (Acdgn) + Ayat harapan (Ahrpn) = 50 – 60 patah perkataan
[Akspln] Intihanya, cermat masa banyak, jimat masa sedikit! [Acdgn] Kita hendaklah menghayati pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sakit; ingat akan ketuaan usia ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat. [Ahrpn1] Sehubungan ini, ibu bapa berperanan sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. [Ahrpn2]Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta!

CONTOH KARANGAN
Tajuk karangan: Kemalangan Jalan Raya
Fokus karangan: Punca-puncanya



Selamat Maju Jaya

0 comments:

Post a Comment