Sunday, July 24, 2011

Kata-Kata Hikmat IV

Tips Skema Soalan UPSR/PMR/SPM


Kata-Kata Hikmat Berkenaan Masa
1) Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

2) Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

3)Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.

4) Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu.

5) Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah, maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu kerana ia merupakan pintu bagi kemajuan dan kebahagiaan.

6) Bertangguh itu pencuri masa (peribahasa Arab)

7) Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.

8) Masa dihargai, janji ditepati.(pepatah Melayu).

9) Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)

10) Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (Surah Al 'Asr)

11) Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah peluang.

Selamat Maju Jaya 

0 comments:

Post a Comment