Monday, July 26, 2010

Cara Nadiah Mendapat 19 A Dalam SPM

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18, sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dengan memperoleh 19 A.


Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.

Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan.

Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, English For Science and Technology (EST) dan Prinsip Perakaunan.

Wednesday, July 21, 2010

Tips-tips Mengulangkaji Sejarah

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Oleh Cikgu Rashman

 Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu, persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya.


Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata pelajaran Sejarah (PMR,SPM & STPM).

• Mengetahui topik-topik penting.

Thursday, July 15, 2010

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat UPSR, PMR, SPM mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

Tuesday, July 6, 2010

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

PENDAHULUAN


Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut: