Friday, June 4, 2010

Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Belajar

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Motivasi belajar tidak akan terbentuk apabila orang tersebut tidak mempunyai keinginan, cita-cita, atau maklum manfaat belajar bagi dirinya. Justeru, jika kita ingin berjaya di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita perlu ada semangat, cita-cita ataupun keinginan untuk berjaya. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi cara-cara yang boleh difikirkan untuk meningkatkan motivasi diri anda. Semoga ianya bermanfaat untuk renungan pelajar-pelajar sekalian.
Berikut disertakan tips-tips yang perlu ada pada diri kita untuk meningkatkan motivasi belajar:


• Bergaullah dengan orang-orang yang rajin belajar

Bergaul dengan orang-orang yang rajin belajar dan berprestasi, akan membuat kita pun gemar belajar. Selain itu, cuba cari orang atau kumpulan yang mempunyai kebiasaan baik dalam belajar.
Bertanyalah tentang pengalaman di pelbagai tempat kepada orang-orang yang pernah atau sedang melanjutkan pendidikannya ke institusi yang lebih tinggi, orang-orang yang mendapat biasiwa belajar di luar negeri, atau orang-orang yang mendapat penghargaan atas sebuah kejayaan di dalam sesuatu peperiksaan besar.
Kebiasaan dan semangat mereka akan menular kepada kita. Seperti halnya analogi orang yang berteman dengan tukang pandai besi atau penjual minyak wangi. Jika kita bergaul dengan tukang pandai besi, maka kita pun turut terpalit bau bakaran besi, dan jika bergaul dengan penjual minyak wangi, kita pun akan terpalit harumnya minyak wangi.

• Belajar apapun

Pengertian belajar di sini dipahami secara luas, baik formal maupun tidak formal. Kita boleh saja belajar tentang berbagai keterampilan seperti merakit komputer, belajar menulis, membuat filem, berlajar berniaga dan lain lain-lainnya.

• Belajar dari internet

Kita juga boleh memanfaatkan internet untuk berhubung dengan kumpulan orang-orang yang rajin belajar. Salah satu laman web boleh menjadi medium kita bertukar pendapat, fikiran, dan memotivasi diri. Sebagai contoh, jika ingin termotivasi untuk belajar bahasa Inggeris, kita boleh masuk ke laman Free-English-Course@yahoogroups.com.

• Bergaulah dengan orang-orang yang optimis dan selalu berfikiran positif

Di dunia ini, ada orang yang selalu terlihat optimis meskipun masalah merudung. Kita akan tertular semangat, ghairah, dan rasa optimis jika sering bersosialisasi dengan orang-orang atau berada dalam kumpulan seperti itu, dan sebaliknya.

• Cari motivator

Kadangkala, seseorang memerlukan orang lain sebagai pemacu atau mentor dalam menjalani hidup. Misalnya: teman, kekasih, ataupun pasangan hidup. Anda pun boleh melakukan hal serupa dengan mencari seseorang/kumpulan yang dapat membantu menaikkan atau memotivasi anda belajar dan meningkatkan prestasi.

0 comments:

Post a Comment