Friday, May 21, 2010

Tips Belajar Secara Berkumpulan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



(Tips khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM)

Tidak dapat dinafikan apa saja aktiviti jika dilakukan secara berkumpulan atau jemaah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hinggakan solat jika dilakukan secara berjemaah akan mendapat ganjaran 27 kali lebih daripada solat yang dilakukan sendirian. Begitu juga dengan cara kita belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Jika dilakukan secara berkumpulan dengan cara yang betul, ia sedikit sebanyak mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Di dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit kaedah- kaedah dan faedah-faedah belajar secara berkumpulan.
Semoga tips-tips yang diberikan ini dapat membantu memantapkan persediaan adik-adik untuk menduduki peperiksaan.

Kaedah

- Pilih rakan/ahli yang sesuai
- Bilangan antara 2 hingga 5 orang
- Lantik seorang ketua dan seorang pencatat
- Set matlamat pertemuan/perbincangan
- Tetapkan masa dan tempat yang sesuai
- Setiap ahli hendaklah membuat persiapan awal sebelum perjumpaan
- Perbincangan boleh dilakukan secara percambahan fikiran (brain storming), pembahagian tajuk kecil, pembentangan, membuat ulasan/rumusan & sebagainya
- Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif

Kebaikan / Faedah

- Dapat berkongsi idea dan perasaan
- Suasana belajar lebih menyeronokkan
- Percambahan fikiran
- Belajar secara "output learning"
- Wujud semangat kerjasama & saling membantu
- Dapat mengurankan tekanan
- Wujud konsep mesyuarah

0 comments:

Post a Comment